Selamat Tahun Baru (ISLAM vs BARAT)

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat sekalian dan anak-anak didikku

Cuti sekolah kali ini, saya mengisikan masa saya menghadiri jemputan-jemputan perkahwinan dari kawan-kawan saya. Tidak semua perlawaan tersebut dapat saya tunaikan. Harap maaf dan saya mendoakan rakan-rakan yang mendirikan rumahtangga agar berbahagia hingga ke akhir hayat. Dan peringatan kepada kawan-kawan yang lain yang belum lagi melangsungkan perkahwinan bila agaknya lagi?

Sempena cuti sekolah ini juga kenduri-kenduri korban banyak diadakan, saya berpeluang juga turut serta bergotong-royong dengan jiran-jiran saya melakukan kerja-kerja melapah,memotong dan memasak daging korban.. PERINGATAN: Kepada yang mengidap darah tinggi dan sakit jantung agar berhati-hati dalam menjamah ketupat dengan rendang daging, jangan banyak-banyak sangat.

Dalam sedar tidak sedar, kita sekarang di dalam penghujung tahun 2009, dalam beberapa hari lagi sahaja lagi kita akan melangkah masuk ke tahun 2010, Insyaallah. SELAMAT TINGGAL 2009, SELAMAT DATANG 2010. Masing-masing sekarang menanam azam tahun baru, ada juga akan membawa azam tahun 2009 ke tahun 2010 juga kerna tidak sempat tertunainya. Ada juga sudah membuat plan dengan rakan-rakan yang lain untuk menyambutnya kedatangan tahun baru beramai-ramai. (Harap jauhi perkara MAKSIAT iaitu perkara yang mendatangkan dosa).

Tapi haruslah kita sebagai Muslim perlu tahu, tanggal 18hb Disember ini merupakan 1 Muharram yakni bermulalah tahun baru dalam kalendar Islam. Terdapat beberapa peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini. Antaranya ialah:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 11.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13.Hari pertama Allah menciptakan alam.
14.Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15.Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16.Allah menjadikan ‘Arasy.
17.Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18.Allah menjadikan alam.
19.Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20.Nabi Isa diangkat ke langit.

Berpuasa dalam bulan Muharram adalah amat dituntut, terutama di hari kesepuluh, atau disebut hari 'Ashura. Rasulullah s.a.w. telah dilaporkan telah bersabda apabila ditanya tentang doa apakah yang lebih baik selepas doa wajib, jawab Baginda : "Doa di tengah malam." Baginda telah ditanya sekali lagi puasa manakah yang lebih baik daripada puasa sepuluh akhir Ramadhan. Beliau menjawab: "Puasa di dalam bulan yang dipanggil Bulan Muharram." (Ahmad, Muslim, dan Abu Daud)

Hadis ini menunjukkan dengan jelas galakan berpuasa di dalam bulan Muharram berbanding di bulan-bulan yang lain.. Nabi (s.a.w.) bagaimanapun, menekankan puasa hari kesepuluh, 'Ashura. Perkataan "`Ashura" adalah berasal daripada `Ashara, bilangan yang kesepuluh. Suatu hari yang amat bermakna dalam hidup nabi Isa a.s.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (r.a.) apabila Rasulullah (s.a.w.) berada di Madinah, baginda mendapati kaum bani Israel berpuasa pada hari 'Ashura. Baginda bertanya mengapa mereka melakukan sebegitu. Mereka sahut bahawa ia adalah satu hari yang baik, hari yang Allah menyelamatkan Nabi Musa (a.s.) dan bani Israel daripada musuh mereka. Sebagai menyatakan rasa syukur mereka, maka mereka berpuasa.

Nabi (s.a.w.) lalu bersabda: "saya lebih berhak lagi untuk berbuat demikian " Baginda telah berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan para sahabat untuk berpuasa." (Hadis Muttafaq alaih)

Para ulama telah bersepakat menyatakan bahawa amalan puasa di Bulan Muharram disunatkan pada hari-hari berikut:

1. puasa tiga hari iaitu, hari kesembilan, kesepuluh dan kesebelas.
2. puasa dua hari iaitu, hari kesembilan dan kesepuluh.
3. puasa sehari sahaja iaitu hari kesepuluh.

Sama-samalah kita semarakkan cinta raikan hari kebesaran Islam ini dengan amalan-amalan sunat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Barangsiapa bermurah hati membelanjakan keluarganya pada hari `asyura Allah akan bermurah hati memurahkan rezekinya setahun berikutnya- alhadis.

"berjuang untuk memanusiakan manusia"

Mencari Tauliah?

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia dan salam 1 ukhwah
Setelah beberapa minggu menyepi dengan kerja2 analisis Excel Tingkatan 4, dan kunjungan ke UIAM untuk mengikut Konvokesyen DPLI 2009, entri kali ini ingin mengajak rakan2 sume berbincang sedikit apa yang telah berlaku semenjak kebelakangan ini.

PETALING JAYA: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, bahawa seseorang individu tidak boleh mengajar ajaran Islam termasuk mengucap dua kalimah syahadah kepada bakal saudara baru atau mengajar Muqadam jika tidak mempunyai tauliah. (berita penuh)

Agak terkejut juga apabila membaca petikan berita ini. Apa yang sedang berlaku di negara kita ini khususnya negeri Selangor. Jalan dakwah semakin sempit sedangkan pancaroba dan cubaan menjatuhkan Islam semakin menjadi-jadi. Para ustaz dan ustazah kini perlu mendapatkan tauliah (pengikhtirafan) daripada JAIS terlebih dahulu sekiranya ingin mengajar atau memberi ceramah di surau-surau dan masjid-masjid sekitar Selangor. Yang lebih mengecewakan lagi untuk mengajar mengucap (kalimah yang mulia disisi Allah dan Rasul) pun perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu. Apatah lagi untuk mengajar muqadam, iqra', qiraati dan sebagainya. Adakah kiamat semakin menghampiri kita? Apa gunanya ilmu yang dipelajari di Universiti/Pondok sama ada di dalam atau di luar negara tidak boleh disampaikan. Maka sudah berlawanan dengan hadis Nabi yang bermaksud : "Sampaikan dari aku walaupun sepotong ayat" dan juga "Ulamak waris para Nabi"

Dari satu sudut yang lain, kebenaran atau tauliah ini merupakan satu daripada jalan untuk menyekatkan berlakunya ajaran-ajaran sesat dan juga penyebaran fahaman wahabi dan juga muktazilah di negara ini. Mungkin pihak JAIS boleh mencari alternatif yang lain berbanding dengan cara ini. Seperti meperbanyakan lagi SB JAIS untuk memantau aktiviti-aktiviti dakwah ini.Mungkin tiba masanya ahli warga JAIS sendiri kerap turun ke majlis2 ilmu seperti ini (ada tak tidak sempat langsung trun ke majlis ini kerana sibuk urusan yang lain). Seolah-olah niat seorang pendakwah/ustaz/ulamak yang ikhlas untuk menyampai sesuatu manfaat kepada orang ramai telah bertukar niatnya menjadi tidak ikhlas lagi.Tetapi ini mungkin menjadi cabaran kepada para da'i kita untuk menguji dirinya sendiri sejauh mana usaha individu tersebut ingin menyampaikan dakwah...adakah imannya senipis kulit bawang? Tertanya-tanya gak, selepas ini bagaimana pula keadaan ustaz atau ustazah yang mengajar di sekolah. Perlu amik tauliah gak ker?

Diharap para pembaca boleh beri cadangan lagi di entri ini. Wallahu a'lam

"berjuang untuk memanusiakan manusia"

Sejadah Berdiri

Fenomena ini agak menarik dikongsi dan di bincang bersama-sama. Hm, semalam KOSMO pun ada menyiarkan berita tentang sejadah berdiri seolah-olah mcm sedang duduk antara 2 sujud. Di sekolah pun, ramai anak murid saya bertanya tentang kejadian aneh ini. Saya cuba bermonolog dengan diri sendiri, apakah fenomena ini kebetulan atau petunjuk.. Dalam memerah otak mencari jawapan daripada fenomena itu, hati ini memberitahu bahawa manusia secara umumnya ini di dalam kotak pemikirannya terdapat skematic image, sebagai contoh dalam keadaan takut kita lihat kain putih di jemur di ampaian seolah-olah pontianak..itulah jawapan pertama yang saya cuba rungkaikan. Tapi alangkah terkejutnya kejadian yang sama terus terjadi di beberapa tempat yang berlainan... Kali ini bilangannya bertambah..Adakah ini angkara masyarakat setempat untuk mencari populariti di tempatnya...Susah betul untuk merungkaikan persoalan ini.. Terus terang setiap kali saya mendengar, membaca dan melihat gambar kejadian sejadah berdiri ini, bulu roma saya tegak berdiri, terasa meremang di bulu tengkuk. Satu perasaan yang takut menghantui kotak pemikiran dan sarang hati ini. Sekiranya ini petunjuk daripada Allah Taa'la seolah-olah hendak memberitahu kepada kita, masyarakat kita sudah jauh dari tikar sembahyang, sudah jauh dari beribadat kepada Allah. Masing2 sibuk dengan urusan pekerjaan, keluarga dan urusan duniawi yang lain. Akibatnya sejadah yang tidak mempunyai nyawa itu terus berdiri untuk mengajak kita kembali ke jalan sebenar. Adakah ini juga petunjuk dari Allah bahawa akan berlaku sesuatu kejadian yang besar dengan memberi petunjuk2 kecil seperti sejadah berdiri ini. Aduh, dalam menaip entry ini pun terasa perasaan itu (sambil melihat sejadah yang digunakan untuk solat)...Waallahu'alam

"berjuang untuk memanusiakan manusia"